Your lucky number for today 0000

Logo

 

Polisi Perlindungan Data Peribadi (PDP)

Kami di Natural Avenue Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai “NASB” atau “kami”) memandang serius atas tanggungjawab kami terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Kami juga akur akan kepentingan data peribadi yang anda amanahkan kepada kami dan ia adalah tanggungjawab kami untuk mengendali, melindungi dan memproses maklumat anda dengan betul.

  1. Bagaimana Kami Mengumpul Data Anda
    1. Apabila anda melayari laman web kami, https://www.cashsweep.my (“Laman Web”)
    2. Apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui platform media sosial, interaksi anda dengan kami dilindungi oleh Polisi ini dan juga polisi privasi platform media sosial yang anda sedang gunakan. NASB menggunakan media sosial dan laman web pihak ketiga untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi dengan para pelanggan kami, dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga tersebut boleh mengumpul maklumat tambahan tentang anda secara automatik mengikut terma perkhidmatan dan dasar privasi anda.
    3. Apabila anda mengemukakan tiket pertaruhan anda untuk tuntutan hadiah, kami akan mengumpul butiran peribadi anda bagi tujuan pemprosesan tuntutan hadiah anda.
    4. Apabila anda mengambil bahagian dalam tinjauan, peraduan, aktiviti pemasaran atau promosi, kami mungkin mengumpul maklumat yang anda berikan melalui proses tersebut. Jika aktiviti sedemikian disediakan oleh pihak ketiga, dasar privasi pihak ketiga akan digunakan untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat anda.
    5. Jika anda memohon jawatan, kami akan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk memproses permohonan anda.
    6. Jika anda memberikan sebarang maklum balas kepada kami atau menghubungi kami untuk bantuan, kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda dan sebarang maklumat lain yang dikemukakan kepada kami untuk kami maklumkan kepada anda.
  2. Apakah Maklumat Yang Dikumpul
    1. Laman Web ini menggunakan Google Analytics untuk mengumpulkan maklumat statistik yang tertentu secara automatik seperti bilangan dan kekerapan pelawat serta alamat IP.
    2. Secara umumnya pengumpulan “Maklumat Peribadi” bermaksud maklumat yang mengenal pasti anda sebagai individu. Ini mungkin termasuk nama, nombor kad pengenalan/ nombor passport, alamat, nombor telefon, alamat emel dan butiran-butiran lain yang berkaitan.
    3. Kami menggunakan Peranti Pengimejan Digital (“Peranti”) di pejabat dan pusat jualan seperti pengawasan video untuk tujuan keselamatan, kamera digital dan/atau telefon bimbit milik NASB dan/ atau pekerja NASB untuk tujuan kaji selidik, aktiviti pemasaran atau promosi, pertandingan dan/ atau mana-mana peranti lain yang dipakai di mana Peranti boleh menangkap foto anda dan imej lain yang berkaitan.
    4. Jika anda berkomunikasi dengan kami melalui platform media sosial, kami akan dapat mengakses maklumat yang anda telah kongsi secara terbuka.
  3. Tujuan Pengumpulan Maklumat Peribadi
    1. Untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan permintaan untuk maklumat mengenai produk dan/ atau perkhidmatan.
    2. Untuk memproses tuntutan hadiah apabila anda mengemukakan tiket kemenangan anda bagi tujuan pembayaran hadiah.
    3. Mengendali dan memproses kaji selidik, pertandingan, aktiviti pemasaran atau promosi.
    4. Untuk penilaian permohonan pekerjaan anda.
    5. Untuk mematuhi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa.
    6. Untuk memastikan dan melindungi integriti operasi dan proses perniagaan kami.
    7. Untuk membantu kami dalam membaiki dan penyesuaian produk dan perkhidmatan kami.
    8. Penggunaan maklumat daripada Google Analytics adalah sebagai maklumat statistik agregat mengenai pengguna, berdasarkan alamat IP. Pengguna individu tidak dapat dikenal pasti daripada jenis data ini. Maklumat ini membantu kami mengetahui cara individu menggunakan Laman Web dan perkhidmatan kami, supaya kami boleh terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Dalam penggunaan Google Analytics, NASB tidak akan mengaitkan sebarang data yang dikumpul dari Laman Web ini dengan sebarang maklumat peribadi yang dikenalpasti daripada mana-mana sumber.
    9. Untuk menyimpan maklumat yang anda sediakan untuk jangka masa yang diperlukan bagi mencapai tujuan maklumat tersebut dikumpul.
  4. Bagaimana Maklumat Peribadi Anda Akan Didedahkan
    1. Di kalangan kakitangan NASB serta syarikat-syarikat berkaitan atas dasar keperluan sahaja.
    2. Pihak berkuasa kerajaan dan badan kawal selia yang berkaitan atau mana-mana individu yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mendedahkan maklumat.
    3. Dengan pihak perniagaan ketiga dan penyedia perkhidmatan yang membantu operasi perniagaan kami seperti kontraktor, vendor, atau juruaudit bila diperlukan.
    4. Maklumat dikumpul Google Analytics, dihantar dan disimpan oleh Google dalam pelayan di Amerika Syarikat. Seterusnya, NASB boleh log masuk ke Google Analytics dan menilai halaman yang telah anda layari. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Polisi Peribadi Google, layari: Privacy Policy – Privacy & Terms – Google
    5. Maklumat atau foto daripada peraduan, aktiviti pemasaran atau promosi kami yang disiar pada Laman Web kami mungkin dikongsi dengan para pengguna Laman Web kami yang lain di luar Malaysia.
  5. Cara Mengemaskini Maklumat Peribadi Anda
    1. Anda boleh menghubungi kami untuk meminta kemaskini maklumat anda dengan menghantar emel kepada Jabatan Operasi kami di enquiry@cashsweep.com.my atau hubungi kami di talian 6082-333666 atau melalui pos ke alamat pendaftaran kami.
    2. Kami berhak mengenakan bayaran yuran pentadbiran untuk kerja-kerja pemprosesan permintaan Maklumat Peribadi anda yang berkaitan.
    3. Kami berhak menolak permintaan yang tidak munasabah, yang melibatkan ikhtiar teknikal yang besar, berisiko kepada privasi orang lain ataupun tidak praktikal.
  6. Cara Menarik Balik Persetujuan Untuk Maklumat Peribadi Anda
    1. Anda berhak menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan dan pemprosesan Maklumat Peribadi anda dengan mengemukakan permintaan secara tulis kepada kami, tetapi penarikan balik persetujuan tersebut boleh menyebabkan kami tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda perlukan secara berkesan.
    2. Jika anda ingin memilih untuk tidak dikesan oleh Google Analytics di semua laman web, sila layari https://tools.google.com/dlpage/gaoptout. Anda boleh memadamkan ‘cookies’ dengan memilih tatapan yang sesuai pada pelayar web anda. Walau bagaimanapun, diingatkan bahawa ini boleh menjejaskan pelayaran anda di laman web tertentu.
  7. Pengemaskini Polisi PDP
    1. Polisi PDP ini hanya terpakai pada Laman Web milik serta dikendalikan oleh NASB. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau amalan privasi laman web pihak ketiga yang mungkin terpaut pada Laman Web kami.
    2. Kami boleh, dari semasa ke semasa, mengemaskini dan menyemak semula polisi ini yang kami anggap patut, sebarang perubahan atau kemaskini kepada polisi ini akan dipaparkan di Laman Web dan berkuatkuasa dengan serta-merta.
    3. Sekiranya terdapat sebarang ketiadaseragaman Polisi PDP antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris hendaklah digunapakai.

Natural Avenue Sdn Bhd (No. Pendaftaran: 199201000005 (231509-A))

21 November 2022